PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 RAWANG

PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 RAWANG

Khamis, 28 Mac 2013

GURU TERKECIL ?

Inilah Guru Paling Kecil Di Dunia | SEWAKTU berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia. Azad, 22, disahkan menghidap sejenis penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini. Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India. "Kesemua pelajar saya lebih tinggi daripada saya," katanya sambil ketawa. Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk membolehkannya menulis di papan putih. Pelajar turut menggelar Azad sebagai 'Chotu' atau 'Cikgu kecil' berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta berat 18 kilogram (kg). "Sejak bekerja sebagai guru, saya memiliki pendapatan sendiri iaitu setiap bulan saya menerima 10,000 rupees (RM563.70)," katanya. Azad terpaksa akur dengan fizikalnya di mana beliau terpaksa memakai pakaian kanak-kanak walaupun usianya telah mencecah golongan dewasa. Beliau berkata, walaupun tubuh badannya kenit dan tidak akan membesar seperti lelaki normal, beliau amat berbangga kerana mampu mencapai impian yang diidamkan iaitu menjadi seorang guru. "Masyarakat sememangnya melayan saya sebagai lelaki normal kerana kini saya sudah bekerja dan pekerjaan saya ini amat dihormati orang ramai. "Pernah sekali ketika saya berusia 18 tahun, saya telah disalah tafsir sebagai bayi oleh seorang pengawal kereta api. "Sewaktu di sekolah pula saya juga pernah dibuli kerana masalah saiz badan saya dan berasa amat takut dengan ancaman yang saya berkemungkinan akan diculik oleh pengurus sarkas," katanya. Bagaimanapun, Azad berkata cemuhan yang dilemparkan kepadanya sewaktu di zaman kanak-kanak menjadi pemangkin kepada beliau untuk membina karakter, sekali gus mematangkannya sehari demi sehari. "Si pembuli itu berjaya membuatkan saya berusaha keras mencapai matlamat dan mereka tidak akan dapat berkata apa-apa lagi sekarang ini," katanya.

Selasa, 26 Mac 2013

BANTUAN KENA MOHON

KONVO DAH , KINI MENANTI KEPUTUSANNYA ..SEMOGA SEMUA BERJAYA

NUKILAN PENASIHAT PIBG SMKBS2

Ciri-Ciri Pelajar Berkesan Assalamualaikum wm. wb. Warga SuTAS yang dirahmati ALLAH 1. Terdapat banyak kajian tentang sekolah berkesan ( Weber 1971, Edmonds 1979, Brookeover et. al 1979, Rutter et al. 1979,Reynolds 1882) yang berpaksikan pengetua, guru, pelajar, fizikal dan prasarana sekolah dan kesemuanya saling berinteraksi antara satu sama lain dalam satu proses yang berterusan. Walau bagaimanapun kajian tentang pelajar di sekolah berkesan adalah terhad dan kurang diberi tumpuan. 2. Terdapat dua perkara utama yang saling berinteraksi dalam menentukan pelajar berkesan iaitu Ciri-ciri pelajar berkesan : iaitu sifat- sifat pelajar yang jelas di lihat atau di kenalpasti seperti pendiam, periang ataupun pemarah, dan Faktor-faktor yang membentuk ciri-ciri pelajar pelajar berkesan: seperti seseorang pelajar itu periang kerana dia mempunyai latar belakang kerluaga yang berpelajaran, mempunyai tahap sosio-ekonomi yang baik dan mendapat kasih sayang dari keluarga sepenuhnya. 3. Pelajar yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang baik: Di dalam kajian sekolah berkesan di Belanda, Meijen (1984) mendapati latar belakang sosio ekonomi yang kurang memuaskan adalah merupakan faktor kepada pencapaian akademik yang rendah. Sekiranya pelajar tidak dapat menyediakan diri dan peralatan yang cukup dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka pencapaian akademik juga tidak memuaskan. Coleman (1966) dan kajian Ramsay et.al.(1982) juga mendapati kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah tidak dapat belajar dan tidak mempedulikan aktiviti sekolah. Di Afrika, ramai kanak-kanak tidak mampu untuk meneruskan persekolahan mereka dan berada dalam amat kekurangan kerana kemiskinan. Walau bagaimanapun, Ronalds Edmonds (1985) tidak menyokong pendapat ini kerana menurutnya pelajar dari keluarga dengan tahap soio-ekonomi yang rendah juga menikmati kejayaan yang tinggi dalam pelajaran. Begitu juga kajian Reynolds (1994) dan Trupp(1996) mengenai pertalian diantara pencapaian pelajar dengan tahap sosio ekonomi mendapati pelajar yang mempunyai status ekonomi yang rendah boleh meningkatkan pencapaian akademik mereka apabila diberi peluang untuk belajar dan bercampur dengan pelajar yang berstatus sosio-ekonomi yang tinggi. 4. Pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi: Menurut Levine dan Lezzotte (1990), sekolah berkesan adalah sekolah yang mempunyai pelajar yang mempunyai pencapaian tinggi dalam mata pelajaran tertentu khususnya matematik, sains , bahasa, kehadiran ke sekolah dan kepuasan pelajar. Pendapat ini di sokong oleh Felsenthel (1982), bagi mewujudkan sekolah berkesan, majoriti pelajarnya mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan awam. Ketiga-tiga pendapat ini sepakat mendapati bahawa pelajar yang berkesan yang lahir dari sekolah berkesan mestilah mempunyai pencapaian akademik yang baik dan cemerlang. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang lemah dan merosot pencapaian akademiknya adalah pelajar yang tidak berkesan. 5. Memberikan tumpuan penuh kepada pengajaran guru: Dalam kajian Hasan dan Haris (1993), didapati guru-guru tidak mendapat respon positif daripada pelajar. Ini menyebabkan P&P mereka tidak berkesan. Penekanana yang sama diberikan oleh Bekas Pengarah Pendidikan Guru iaitu Tuan Haji Ahmad Mohd Said (Berita Harian, 3 September 1998). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pelajar yang berkesan adalah pelajar yang dapat memberi kerjasama dan tumpuan kepada proses P&P. 6. Pelajar bermotivasi: Pelajar yang berkesan adalah pelajar yang bersemangat dan aktif dalam pelajaran mahupun kokurikulum. Pelajar rajin dan bermotivasi dalam menyediakan diri menghadapi peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar membuat persediaan awal dan yakin pada diri sendiri. Pelajar membuat jadual waktu sendiri dan selalu mengulangkaji pelajaran. 5. Berdisiplin: Menurut Bantock(1973), pelajar yang berkesan mempunyai disiplin dan pencapaian akademik di dalam peperiksaan yang tinggi. Pendapat ini juga di sokong oleh Razali Othman (1990). Oleh yang demikian,jika pelajar tidak berdisiplin seperti yang ponteng, bergaduh,tidak menghormati guru, mencuri ,tidak membuat kerja sekolah dan sebagainya, mereka adalah pelajar yang tidak berkesan. 6. Mampu membina hubungan interpersonal positif: Pelajar yang berkesan dapat bersosial dan berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan secara lebih berkesan. Ini menjadikan pelajar berasa selamat dan selesa di dalam persekitaran sekolah. Pelajar yang suka ke sekolah ini juga membantu mewujudkan iklim sekolah yang berkesan. Sebagaimana yang ditergaskan oleh Rahimah dan Zulkefli (1996). 7. Mempunyai nilai murni dan akhlak yang mulia: Pelajar yang berkesan mestilah mempunyai akhlak yang mulia dan budi pekerti yang tinggi. Menurut Shahril Marzuki(2001), pengetua perlu mempunyai keperibadian dan akhlak yang mulia dan boleh dijadikan “uswatun hasanah”(model terbaik) kepada para pelajar. Ini adalah kerana pepatah mengatakan “guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”. Oleh itu, pelajar yang kasar, samseng dan gengster serta melakukan juvana dikatakan tidak berkesan. 8. Menimba ilmu pengetahuan: Pelajar yang berkesan adalah pelajar yang berilmu. Kebanyakan masa dimanfaatkan kepada kepada perkara berfaedah terutama menimba ilmu. Pelajar yang tidak mengamalkan budaya membaca akan lemah dari segi kognitif dan tindakan mereka. Oleh itu pelajar yang berpotensi cemerlang dalam akademik perlu di beri peluang dan diberikan pujian dan sokongan sama ada di dalam kelas ataupun perhimpunan mingguan sekolah (Brookeover et. al. 1979; Whyne 1980,dan Halingger 1984). Justeru itu, dapat dikatakan pelajar yang malas dan suka melepak adalah pelajar yang tidak berkesan. 9. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri: Pelajar yang berkesan adalah pelajar yang dapat menjaga kebersihan dan menguruskan diri dengan baik serta keselamatan diri. Lippitz dalam (Hare 1988:413) menyatakan sekolah berkesan adalah sekolah yang selamat dan teratur. Jika pelajar berasa terancam semasa di sekolah sama ada daripada bulu, gangsterisme dan sebagainya, pelajar tersebut adalah tidak berkesan. Di Afrika, kanak-kanak menjadi tidak berkesan kerana tidak berkasut dan tidak mendapat makanan yang seimbang. Mereka menjadi lemah,berpenyakit dan pengotor. Keadaan ini menyebabkannya tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. 10. Bertawakkal: Pelajar yang telah berusaha dan berdoa kepada Tuhan adalah pelajar berkesan. Dari segi emosi dan semangatnya adalah stabil kerana ia berserah kepada yang Maha Esa. Moga ada manfaatnya. tk.