PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 RAWANG

PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 RAWANG

Khamis, 27 Jun 2013

MOHON BANTU PESAKIT KRONIK KANSER USUS INI

Komen : Sudah tiba masa pesakit ini dibantu. Pesakit yang merupakan sebahagian ahli PIBG yang mempunyai anak-anak yang bijak di sekolah ini walaupun sebaliknya mempunyai ibu yang sakit kronik kanser usus yang amat menyukarkan mujur beliau mempunyai suami yang sanggup berkorban sentiasa di sisi dengn bekerja sendiri. Rawatan demi rawatan telah diusahakan dengan wang sendiri namun dengan bekerja sendiri dengan 3 orang anak masih bersekolah telah membataskan perbelanjaan rawatan. Sedemikian saya menyeru sesiapa yang boleh menghulur bantuan sila hulurkan samada sumbangan terus atau melalui akaun pesakit tersebut. Hanya Allah sahaj yang dapat membalas sumbangan yang telah diberikan.

Mohon Bantu Jamaliah by assalam2009

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank No:164276002044 ZAKARIA BIN AWANG atau Bank Simpanan Nasional : no akaun 14194-29-00000507-7 JAMALIAH BT MALIK

Isnin, 24 Jun 2013

SEJARAH SMKBS2 DAPAT ARAHAN BERCUTI 24 JUN 2013

jEREBU JUGA MENYELUBUNGI SMKBS2 DAN SELURUH SEKOLAH DALAM NEGERI SELANOR
PANDANGAN DARI JALAN ANGGERIK 5 MEMPERLIHATKAN JEREBU TERUK MENYELUBUNGI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SENTOSA DAN SAMA-SAMA KITA BERDOA BENCANA INI DAPAT REDA DENGAN WAKTU YANG CEPAT SEMOGA ALLAH MENERIMA DOA KITA AMINNN.

Jumaat, 21 Jun 2013

ANDA MAMPU URUSKAN MASA YANG BERFAEDAH !

CONTOH AKTVITI BERFAEDAH UNTUK MENGISI MASA LAPANG Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan seseorang. Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti emas. Oleh itu, kita tidak harus membazirkan masa dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa MEMBACA Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang. Aktiviti membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat menambahkan pengetahuan, kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan perbendaharaan bahasa. Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah akhbar, majalah dan buku-buku agama atau motivasi. MENANAM POKOK HIASAN Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang baik. Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan rumah tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar. Antara pokok hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding. BERIADAH Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti beriadah boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli keluarga jika dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging, menunggang basikal dan berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek keselamatan perlu diutamakan. MEMANCING IKAN Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Di samping mengisi masa lapang, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mendapat ikan untuk dijadikan makanan keluarga. Lazimnya, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mempraktikkan nilai kesabaran dalam kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan di tepi pantai, di tepi sungai dan di kolam. Jika dilakukan bersama keluarga, pasti hubungan kekeluargaan menjadi semakin erat. MENZIARAHI KELUARGA DAN SAUDARA-MARA Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita lakukan pada masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk menjadikan hubungan kekeluargaan semakin longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula hubungan kekeluargaan. Hari yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau cuti umum. Aktiviti ziarah-menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.

Khamis, 20 Jun 2013

TAHNIAH DARI YDP PIBG KEPADA SMKBS2 DAPAT 5 BINTANG !

Alhamdulillah berita gembira saya terima dari sms sebentar tadi tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 telah mendapat pengiktirafan 5 bintang dalam SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD SSQS oleh MOE dalam penggunaan ICT. Insyallah Sijil akan diterima hari ini. Di ruangan ini Yang Dipertua PIBG SMKBS2 mengucapkan tahniah kepada Pengetua SMKBS2 ,Guru Kanan, Guru-guru dan kakitangan pengurusan Sekolah serta murud-murid sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kejayaan yang membanggakan ini diharap akan dikongsi dengan warga ibu dan bapa murid-murid secara langsung dan tidak langsung

Khamis, 13 Jun 2013

TAHNIAH PADA WAKIL PASUKAN PENGAKAP SMKBS2 KE MERSING !

14 - 16 Jun 2013 Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Kebangsaan Kali Kedua 2013 Pusat Taman Laut. Pulau Tinggi. Mersing, Johor

Selasa, 11 Jun 2013

SIAPA KATA TUGAS GURU MUDAH ! TAPI KALAU TEKUN DAN SABAR INSYALLAH

Jika dahulu tugas guru hanya mengajar, tapi sekarang tugas guru dialah kerani untuk kira-kira, dialah juru sukan untuk melatih, dialah segalanya. Masuk 7 pagi balik 4 petang. Itu biasa, ditambahkan pula mengajar dalam satu kelas yang dipenuhi oleh 40 orang murid sekaligus. Di situ dialah pula menjadi bapa atau ibu, dan ditambahkan dengan mata pelajaran yang diajar menyebabkan rasa bukan hanya sekadar mengajar malah lebih pada itu. "Jadi? Ya, kerja guru memang teruk!" "Benar? Tidak! Bukan teruk." "Mengapa? Walhal ada ja guru yang komplain selama ini." "Tak semua guru macam tu, maybe suku dari keseluruhan, kerana..." Teruk bagi mata orang yang melihat diluar. Tetapi cinta bagi mereka yang mendidik. Biarpun dilanda pelbagai halangan dan rintangan, untuk mendidik anak bangsa ianya langsung tidak mematahkan semangat mereka. Bayangkan tugas guru bukannya mudah, tetapi demi melihat anak bangsa berjaya mereka sanggup berkorban apa sahaja. Baik dari segi harta, masa dan tenaga. Guru Oh Guru, Jika ditanya siapa guru? Mesti ada yang berkata. Guru yang mengajar di sekolah! Benar ianya tidak dinafikan sama sekali, tetapi sebelum nak bertanya lagi. Elok kita faham apa itu guru. Secara ringkasnya guru dinamakan sebagai pendidik atau pengajar. Apabila dikatakan 'pendidik,' bermakna di rumah ibu bapa juga merupakan sebagai guru kepada kita. Setuju? Jadi bermakna guru yang paling awal dalam hidup kita ialah ibu bapa kita sendiri, selepas itu barulah guru di sekolah, kuliah atau di mana-mana sahaja. Dalam kiraan hidup ini, sebenarnya masa kita lebih kepada guru diluar berbanding guru di dalam rumah. Secara formalnya masa guru di sekolah lebih banyak diguna pakai. Jadi guru di sekolah boleh dikatakan sebagai ibu atau ayah yang kedua bagi diri kita sendiri. Malahan, jika seorang pelajar yang menginap di asrama, itu lagilah dikatakan masa lebih banyak kepada guru, kerana hampir dua minggu tinggal bersama guru yang menjadi warden asrama, untuk menjaga mereka. Jadi secara tidak dapat tidak, guru merupakan penjaga kita selepas ibu dan ayah kandung kita sendiri. Ini bermakna tugasan guru yang dikatakan teruk itu sebenarnya adalah mulia. Mulianya Tugas Seorang Guru, Guru yang memberi ilmu merupakan lilin yang menerangi kegelapan. Ilmu yang dicurahkan memberi panduan kepada seorang pelajar dalam membawa arus kehidupan. Bak kata Usman Awang, di dalam sajaknya, Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. menunjukkan peranan guru sangatlah mulia dalam mendidik siapa sahaja di atas muka bumi ini. Perit, penat lelah mereka hanya akan hilang apabila melihat anak muridnya menjadi orang. Yang berguna untuk agama, nusa dan bangsa. Pengalaman Sendiri, Secara peribadinya diriku bukanlah seorang pelajar yang skema semasa di bangku sekolah menengah. Tapi tak jahat, cuma nakal sahaja bak kata orang. Alkisah ada sekali tu, aku kantoi ponteng kelas. Terus dipanggil masuk bilik disiplin. Maklum sahaja bilik disiplin merupakan bilik kedua aku selepas bilik darjah. Tanpa berkata apa penampar dulu baham ke muka. Tersipu aku dibuatnya, menahan kesakitan. Suasana diam seketika, "Betul kamu ponteng kelas?" Suara cikgu disiplin bertanya memecah kesunyian seketika. Tanpa fikir panjang lalu aku mengaku sahaja, pelbagai leteran diberikan kepada ku. Paling aku tersentap dengan ayat yang cikgu disiplin kata, "Kamu sebenarnya bukan tak cerdik, cuma kamu tu malas. Jika malas tu kamu buang insyaAllah berjaya." Sebelum ini secara jujurnya memang kedudukan markah aku antara yang tercorot di sekolah, atas sedikit usaha yang aku tonjolkan selepas kejadian, Alhamdulilah akhir berjaya juga aku terbang untuk belajar di negara orang. Jadi inilah yang aku rasa pengalaman yang amat berharga, penampar sedas di muka dan nasihat sepukul kata. Membuatkan aku berubah sedikit demi sedikit. Akhir Kata, Apakah kerja guru memang teruk? Pada diriku sendiri tidak dinafikan ada teruknya juga. Tetapi teruk yang dikatakan itu rasanya akan hilang apabila melihat anak didiknya berjaya. Rasa lelah, penat, letih dalam mendidik dapat dilangsaikan dengan melihat anak muridnya menjadi seorang yang berjaya. Bukan hanya berjaya dari segi pelajaran tapi berjaya dari segi akhlak dan sahsiah. Itu lebih penting dan digalakkan. Tak guna jadi murid yang cerdik pandai tapi kurang adab dengan guru. Amatlah rugi sekali jika kita tergolong dalam sikap sebegitu. Untuk itu, saya dengan rendah dirinya nak ucapkan selamat hari guru kepada semua pendidik di tanah air, doakan kejayaan saya disini. Andai ada salah dan silap saya mohon ampun dan maaf. AshrafHadi 16.MEI.2013 Mafraq, Jordan.