PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 RAWANG

PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 RAWANG

Rabu, 31 Julai 2013

BERATNYA TUGAS PENGETUA !

Pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam hari ini mengakui bahawa dia telah memberitahu pelajar-pelajar Cina dan India untuk balik ke China dan India semasa perhimpunan sekolah baru-baru ini. Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi MIC Shah Alam, A Prakash Rao, Pengetua yang bernama Yati Dani itu juga telah memberitahu Pelajar-pelajar Melayu supaya "Balik ke Indonesia" kerana bising dalam perhimpunan. "Tetapi Yati telah memberitahu kami bahawa beliau bersedia untuk memohon maaf untuk meminta pelajar-pelajar bukan Melayu untuk 'balik India dan China," kata Prakash, selepas pertemuan dengan Pengetua tersebut awal hari ini. Hmmm... apa yang racistnya??.. Anak Cina dia suruh balik Cina.. Anak India dia suruh balik India.. Anak Melayu pulak balik Indonesia... Mungkin beliau bukanlah seorang yang punya sifat perkauman atau racist sebagaimana yang dituduh oleh banyak pihak tetapi dikuasai oleh perasaan marah pada ketika itu. Marah dengan para pelajarnya yang degil dan nakal, yang dah berulang kali ditegur olehnya.. Mungkin juga kemarahan itu terbawa-bawa dari rumah.. maklumlah Raya dah dekat ni.. sebelum nak ke Sekolah bertengkar dengan suami dia pasal Raya ni nak balik rumah emak siapa.. Si suami nak balik kerumah emaknya.. tapi si isteri pula (Pengetua) nak balik rumah emak dia.. panas bertengkar pasal nak balik kemana itu maka pelajarnya pula menjadi mangsa.. Maka keluarlah ayat-ayat.. Anak Cina balik Cina.. Anak India balik India.. Anak Melayu pulak balik Indonesia... Hakikat yang kita perlu terima ialah bukan mudah untuk mengawal disiplin para pelajar masakini, ramai yang bijak-bijak dan langsung tidak takut akan tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka oleh pihak Sekolah. Malah para Guru pula yang takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka.. kerana silap langkah bukan masa depan pelajar itu yang gelap tapi masa depan dan periuk nasi mereka sendiri yang terancam dengan tindakan susulan oleh Ibu Bapa pelajar. Kerana ramai Ibu Bapa yang terlalu sayangkan anak mereka dan lebih mempercayai anak mereka sendiri dari Guru-guru yang diamanahkan untuk mendidik anak-anak kita dan mereka akan bertindak terhadap Guru-guru itu hanya berdasarkan apa yang diberitahu oleh anak-anak mereka. Contohnya dalam hal yang telah berlaku ini.. silap cakap saja Kementerian Pelajaran nak ambil tindakan.. tambahan pula yang mula-mula membangkitkan isu ini ialah Ketua MIC...

Khamis, 25 Julai 2013

PIBG SMKBS2 DI SURAU AL-HIDAYAH TAMAN KESUMBA

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2 merangkap Penasihat PIBG SMKBS2 sudi memberi tazkirah khas untuk masyarakat ibubapa Islam di Surau Al-Hidayah Taman Kesumba

Selasa, 9 Julai 2013

BENARKAH ADA MASALAH DENGAN SISTEM PBS ?

5.2 Juta Pelajar dan 400 Ribu Guru Terjerat Dalam Sistem PBS Nampaknya kerajaan tidak ada hasrat untuk mengkaji semula perlaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Menteri Pendidikan II Dato Seri Idris Jusoh mempertahankan sistem PBS apabila menjawab soalan- soalan yang ditimbulkan oleh ahli- ahli parlimen sewaktu membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong pada minggu yang lepas. Walaupun sistem ini menimbulkan banyak persoalan dan reaksi negatif daripada pelbagai pihak tetapi kerajaan tetap mahu meneruskan perlaksanaannya bagi 7723 sekolah rendah dan 2296 sekolah menengah di seluruh negara. Sistem PBS ini menimbulkan banyak masalah kepada guru- guru. Ramai di antara mereka merungut bahawa sistem ini amat menyusahkan dan menjadi satu beban tambahan kepada kerja harian mereka. Saya telah meminta Menteri Pendidikan II samada pihak kerajaan telah membuat satu kaji selidik yang terperinci untuk mendapatkan maklum balas daripada kesemua 412,000 guru yang terlibat secara langsung dalam sistem PBS. Tindakan ini adalah penting untuk memastikan keberkesanan sistem PBS itu. Guru-guru yang terlibat secara langsung harus memberi maklum balas kepada kerajaan samada sistem ini adalah baik atau sebaliknya. Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan sistem PBS tetapi samada ianya dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan bergantung kepada penerimaan oleh guru- guru yang menjadi pengerak kepada dasar yang dihasratkan itu. Jika guru-guru tidak dapat menerima sistem PBS sepenuh hati, maka perlaksanaannya akan gagal. Ini adalah kerana kejayaan sistem ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar. Gangguan emosi dan keruntuhan motivasi guru-guru yang tidak puas hati dengan sistem PBS ini akan merosotkan lagi prestasi pelajaran di negara kita. Oleh yang demikian, perkara ini harus diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan masa hadapan 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah.

Isnin, 8 Julai 2013

PRIHATIN DI PERLUKAN PADA LALUAN POTONG MURID SEKOLAH SMKBS2

Pihak PIBG SMKBS2 bersama Pengurusan sekolah pernah melakukan gotong-royong membersihkan jalan potong 'shorcut way' dari Taman Anggerik 5 ke SMKBS2. Nampaknya rumput dan lalang telah subur semula maka tindakan harus diambil untuk membersihkan demi keselamatan orang-ramai terutama murid-murid sekolah SMKBS2 yang merupakan anak-anak kita juga. Harapan PIBG SMKBS2 selain gotong-royong diharap ada insan perseorangan atau kumpulan yang prihatin dapat membersihkan semak-samun ini.

Ahad, 7 Julai 2013

JIKA GURU MANTAP BERI KHIDMAT TERBAIK KENAPA PERLU DIUGUT !

Presiden Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) Hashim Adnan mengingatkan parti-parti politik, guru tidak harus "diancam atau diugut" untuk mengundi mana-mana pihak.
Beliau berkata demikian dalam mengulas seruan Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang menyeru supaya guru-guru mengundi Barisan Nasional di akan datang pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, sebagai "pulangan" kepada parti pemerintah. "Guru boleh mengundi sesiapa sahaja yang mereka mahu. Saya tidak akan meminta atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional," kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini. Beliau menambah, jika mereka berpuas hati dengan apa yang mereka telah terima dan jika mereka mahu mereka (BN) untuk berkhidmat kerana mereka merasakan mereka telah melakukan kerja yang baik, maka mereka boleh mengundi BN. "Ia terpulang kepada mereka. Mereka tidak perlu diancam atau diugut,"tegasnya dan berkata kerajaan tidak perlu mengambil kesempatan keatas para guru. "Apabila anda berada di dalam kuasa untuk masa yang sangat lama, ia adalah perkara biasa untuk membuat seruan sebegitu ... ia adalah perkara yang sama kepada sesiapa sahaja dalam kedudukan itu akan lakukan," katanya memberi amaran tetapi kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru mengundi untuk mereka . Semalam, Idris menyeru golongan guru supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan. "Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," kata Idris kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut. -BO

SALAM RAMADAN Al-MUBARAK DARI PENGETUA SMKBS2

Ramadhan Al Mubarak Assalamualaikum wm. wb.
1. Kami sedar dan kami insaf Wahai Allah bahawa pada Ramadhan ini telah Engkau bukakan semua pintu syurga telah Engkau tutupkan semua pintu neraka dan telah Engkau rantaikan semua syaitan durjana. 2, Kami sedar dan kami insaf wahai Allah bahawa pada Ramadhan ini sepertiga awalnya telah Engkau janjikan rahmat sepertiga pertengahannya telah Engkau janjikan keampunan sepertiga akhirnya telah Engkau janjikan kebebasan dari api neraka. 3. Kami sedar dan kami insaf wahai Allah bahawa pada Ramadhan ini telah Engkau turunkan Al Quran sebagai petunjuk sebagai rahmat kepada kami. 4. Kami sedar dan kami insaf wahai Allah bahawa pada Ramadhan ini telah Engkau kurniakan kewajipan berpuasa kepada kami sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada kami moga-moga kami menjadi orang yang lebih bertakwa. 5. Kami sedar dan kami insaf wahai Allah dengan sesungguh hati jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik dalam kehidupan kami.