PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 RAWANG

PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 RAWANG

Rabu, 15 Oktober 2014

INN SHAA ALLAH KEJAYAAN SMK BS2 DALAM PEPERIKSAAN PT3 AKAH TERHASIL

Semoga kejayaan terbaik SMK Bukit Sentosa 2 akan dicapai hasil dorongan jitu Ibu bapa melalui PIBG SMK Bukit Sentosa 2 dan dokongan Guru-guru yang padu. Terima kasih semua terutama ibubapa dan guru penyumbang tenaga dan wang serta ribuan terima kasih kepada individu dan korporat yang sudi menghulur bantuan wang dan menyedia serta mengurus makanan untuk calon-calon peperiksaan PT3 yang berakhir hari ini.

Selasa, 4 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 KALI 5

Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Sentosa 2 kALI KE 5 akan berlangsung pada Sabtu 6 JamadilAwal 1435Hijriah bersamaan 8/3/2014 di Bukit Sentosa 2 .Semua Ibubapa yang ada anak bersekolah dari Tingkatan 1 hingga 5 dan guru dijemput hadir beramai-ramai untuk bermesyuarat dan membuat pemilihan ajk baru demi mengujudkan team pemantau agresif dengan membina kerjasama dengan sekolah bagi memajukan dan mendisiplinkan anak-anak utk belajar agar mencapai keputusan cemerlang dan bagi yang tidak capai kita pastikan anak-anak kita dapat membina saksiah diri yang baik dan terpuji . Di bawah ini adalah senarai AJK PIBG SMK BUKIT SENTOSA 2 SESI 2013/2014.